Ramai penggiat seni didapati ada masalah ini malah ada antara mereka sengaja suka buat orang tertunggu-tunggu. Mungkin bagi bagi mereka ia satu keseronokan namun hakikatnya mereka menyusahkan orang lain. Andainya perbuatan tersebut berlaku sekali dua, ianya masih boleh dimaafkan tapi kalau dah jadi tabiat, memang saja cari penyakit.
Antara yang jadi perbualan rakan media ialah Adira. Menurut info, banyak kali juga kedengaran cerita kurang enak perihal sikap penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelapan ini.
Terbaru, ketika menjayakan fotografi khas untuk Anugerah Industri Muzik yang berlangsung baru-baru ini, Adira diberitakan datang lewat sejam. Kalau di ikutkan dia perlu ada di situ pada jam 1 tengah hari namun wajahnya tidak kunjung tiba. Artis Jaclyn Victor yang akan digandingkan dengannya sudah sampai, begitu juga wartawan dan jurugambar.
Bila dihubungi penganjur, dia dengan selamba jawab masih di rumah. Namun, apabila dimaklumkan media sudah sampai dia cakap dalam perjalanan. Tunggu punya tunggu sejam kemudian baru nampak batang hidung.
Walhal sedikit masa lagi semua yang ada di situ perlu menghadiri sidang akhbar. Tak pasal-pasal sesi fotografi eksklusif itu terpaksa disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa.
Adira pula langsung tak mohon maaf atas kelewatannya dan buat muka tak bersalah. Mahu tak panas hati rakan media yang bertugas. Salah seorang sengaja minta dia bergambar di bawah terik mentari dengan niat nak mengajar. Tahu pula terkedip-kedip mata dan lap peluh kerana kepanasan.
Lebih tidak boleh diterima apabila ditanya berapa pasang baju dia bawa, dia jawab satu jaket saja. Lagi panas hatilah wartawan kerana sebelum itu penganjur sudah maklumkan fotografi itu eksklusif untuk akhbar terpilih. Bermakna baju yang dipakai ketika sesi fotografi itu tidak boleh sama ketika dia menghadiri sidang akhbar yang berlangsung selepas itu.
Adira tetap pakai baju sama dan untuk pastikan sedikit berbeza, dia sarung jaket. Memandangkan dia tidak peka, gambar yang sepatutnya menjadi penghias muka depan sudahnya hanya jadi artikel satu muka surat saja. Itulah, suka ikut kepala sendiri.
sumber:Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment