Shahiezy Sam Tidak Tahu Restoran Miliknya Ditutup

[x]

Shahiezy Sam Tidak Tahu Restoran Miliknya Ditutup

on Wednesday 6 November 2013



Hari ini penulis terbaca dalam mstar mengatakan restoran milik Shahiezy Sam telah ditutup tanpa diketahui olehnya. Dari situ pun dah menunjukkan Shahiezy Sam seperti tidak ambil peduli akan business yang dijalankan. Bila penulis baca nak tergelak pun ada bila tuan punya perniagaan cakap dia pun tak tau restorannya ditutup, tetapi pada pandangan penulis dia pasti tau cuma malu nak cakap tentang perniagaan-nya tak laku. Mustahil sendiri punya perniagaan boleh tak tau perniagaan-nya ditutup. Dengan cerita phone canggih ada whatappslah, instagramlah, twitter lah, tak kan kedekut kot nak buat panggilan dikedai beroperasi tu..

Berikut adalah petikan dari Mstar :-

PELAKON Shahiezy Sam menjelaskan tidak mengetahui situasi sebenar restoran miliknya iaitu Best Time Family Cafe & Grill yang dilaporkan telah ditutup sejak beroperasi enam bulan lalu.

Aktor yang mesra disapa Sam, 31, itu berkata, dia telah menyerahkan urusan menguruskan restoran berkenaan kepada dua rakan kongsinya iaitu ibu saudara dan kakaknya, pelakon Zizie Ezzette.

“Sebenarnya terus terang saya tidak mengetahui situasi sebenar restoran tersebut kerana saya tidak menguruskan restoran tersebut tetapi diuruskan oleh ibu saudara dan kakak saya.

“Saya tidak dapat menjelaskan sama ada ia telah pun ditutup atau pun masih beroperasi buat masa ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Sam, dia masih tidak berkesempatan untuk mengetahui situasi sebenar mengenai perniagaan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.

“Bukannya saya lepas tangan tetapi memang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tidak sempat untuk bertanya mengenai keadaan restoran berkenaan,” jelasnya.

Kepada mereka yang ingin menceburi mana mana perniagaan, janganlah anda ikut jejak langkah cara Shahiezy Sam menguruskan perniagaannya. Sure Lingkup Beb…!
sumber: http://aiskosong.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved