Siti Rakam Lagu Bola

[x]

Siti Rakam Lagu Bola

on Sunday 24 November 2013

Penyanyi kelahiran Pahang, Datuk Siti Nurhaliza juga masih teruja. Sementelah dia menonton perlawanan di stadium. Itulah juga kali pertama dia ke stadium untuk sokong pasukan bola sepak.


Kemuncak keterujaannya, Siti menyatakan minat untuk merakam sebuah lagu bertema bola sepak. Sama ada khas untuk pasukan Pahang ataupun lagu semangat bola secara am.

"Kalau ada komposer yang mencipta sebuah lagu yang liriknya pasal semangat bola, memang saya teringin juga merakamnya. Sebelum ini saya dah banyak rakam lagu patriotik dan lagu-lagu kempen," kata Siti.

Lagu itu bersifat lagu projek istimewa. Ia hanya minat sahaja dan belum dipanjangkan kepada mana-mana pihak lagi.

Kalau keinginan Siti dapat perhatian komposer, mungkin pada Piala Malaysia 2014, kita akan ada sebuah lagi lagu bertema bola.

Antara lagu pasal bola sepak yang pernah dirakam ialah Bintang Sukanku (Rahimah Rahim) dan lagu berjudul Fandi yang dituju kepada bintang hebat tahun 80-an, Fandi Ahmad pernah dirakam.

Lagu Bintang Sukanku dirakam olah Rahimah buat bekas suaminya Mohd Noh seorang legenda bola sepak Singapura.
sumber: http://mforum.cari.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved