Suspek Bunuh & Rompak Bersembunyi Dalam Rumah Kosong

[x]

Suspek Bunuh & Rompak Bersembunyi Dalam Rumah Kosong

on Monday, 11 November 2013

Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi tadi. Siasatan kini memberi tumpuan kepada tujuan suspek berada di kampung itu sama ada untuk bersembunyi ataupun melarikan diri ke Indonesia.

Ia berikutan lokasi suspek ditahan dan Terminal Feri Tanjung Belungkor adalah dekat dan ia menyediakan perkhidmatan feri ke Indonesia ke Pulau Bintan dan ke Batam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pagi tadi, memaklumkan bahawa suspek telah ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah membantu polis.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved