Tak ambil sesen pun

[x]

Tak ambil sesen pun

on Friday, 15 November 2013



Pengalaman melihat derita dan keperitan hidup rakyat Palestin di depan mata mendorong kumpulan nasyid, Hijjaz menyalurkan 100 peratus keuntungan hasil jualan album terbaru kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Album khas berjudul Keranamu Baitul Maqdis yang memuatkan 13 trak dan sembilan lagu itu diterbitkan untuk tujuan amal, sebagai usaha Hijjaz membantu rakyat Palestin.

Penerbit album, Munif Ahmad berkata, lawatan ke Mesir dan Palestin awal tahun lalu menimbulkan kesedaran anggota Hijjaz terhadap kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas tentera zionis.

“Ketika di Palestin, timbul idea melakukan sesuatu membantu penduduk Palestin dengan cara kami sendiri. Sebagai artis rakaman, apa lagi yang mampu kami lakukan selain menggunakan sedikit pengaruh dan peminat untuk menerbitkan album bagi membantu rakyat tertindas.

“Album ini diterbitkan bersama MAPIM. Ia ada keistimewaan kerana diadaptasi daripada semangat perjuangan pejuang Islam yang berdepan musuh demi tanah air dan agama,” katanya kepada HIP pada majlis pelancaran album itu, Selasa lalu.

Munif berkata, pihaknya tidak mengambil sesenpun daripada hasil jualan album sebaliknya disalurkan kepada Tabung Gaza MAPIM.

Tiga lagu inspirasi Gaza
Munif berkata, enam lagu dalam album Keranamu Baitul Maqdis adalah karya saduran manakala tiga lagu lain dicipta berdasarkan pengalaman di bumi Palestin.

“Album ini akan diedarkan MAPIM di semua kedai muzik. Kita juga mengharapkan individu berpengaruh seperti penceramah bebas dapat membantu menjual album ini kepada orang ramai,” katanya sambil menambah sebanyak 10,000 unit sudah dicetak untuk diedarkan.

Bagaimanapun, Munif berkata, Hijjaz Record akan menerbitkan semula album sama tetapi dengan judul dan kulit berbeza.

“Album berjudul Demi Islam & Perjuangan akan mula dipasarkan akhir bulan ini selepas album khas untuk Palestin dijual,” katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved