Tiz Zaqyah Menangis Demi Peminat

[x]

Tiz Zaqyah Menangis Demi Peminat

on Wednesday 20 November 2013


Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih', Tiz Zaqyah mendedahkan dia menangis hampir setiap hari demi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri 'Jodoh Itu Milik Kita' (JIMK).

"Watak Dahlia dalam drama bersiri JIMK menuntut saya untuk banyak bermain emosi. Sewaktu penggambaran, hari-hari saya kena menangis. Saya terharu drama ini mendapat sambutan yang sangat baik," kata Tiz ketika ditemui di Majlis Tayangan Episod Akhir JIMK di Rasta Taman Tun Dr. Ismail, Damansara pada Isnin.

Tiz juga mengakui cabaran untuk membawakan watak Dahlia sangat besar kerana jalan cerita JIMK itu sendiri.

"Umum tahu JIMK merupakan adaptasi novel judul yang sama nukilan Sara Aisha, jadi jalan cerita JIMK adalah mendalam. Saya juga perlu memikirkan tentang pengikut novel JIMK yang sememangnya sangat meminati novel ini. Jadi saya telah mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Dahlia ini," tutur Tiz lagi.

Beralih kepada soal cinta, Tiz menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki masih lagi berjalan seperti biasa. Tentang ikatan perkahwinan, Tiz menyerahkan segalanya pada jodoh.

Dalam perkembangan lain, Tiz baru sahaja pulang dari New York bagi menjalani penggambaran drama bersiri 'Oh My English!'. Pada bulan Disember ini, Tiz bakal menjalani penggambaran bagi drama berjudul 'Chef' terbitan Global Station yang bakal menggandingkan Tiz bersama Aaron Aziz dan aktor popular dari Filipina, Jericho Rosales.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved