Tudung Fareeda Seksi, Mawar Balas Kritikan Peminat

[x]

Tudung Fareeda Seksi, Mawar Balas Kritikan Peminat

on Sunday, 17 November 2013

Satu kontroversi terjadi apabila seorang peminat mendakwa tudung Fareeda sebagai seksi (pendek) dan gagal memenuhi garis panduan berpakaian dalam Islam mengundang perhatian pengurus tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Mawar Abdul Karim yang telah bergelar isteri kepada pelakon Fizo Omar membalas kritikan Yameen Ansari di laman Facebook seterusnya menerangkan perniagaan yang dijalankan mereka tiada kena mengena dengan urusan dakwah dan keagamaan.

"Salam Puan Yasmeen, kami adalah syarikat yang menjalankan perniagaan dan tiada kena mengena dengan urusan dakwah dan keagamaan. Apa yang pihak FAREEDA dan pengasas FAREEDA menyumbang untuk kegiatan dakwah dan kebajikan Islam tidak perlu dikongsi dalam urusan perniagaan kami."

"Untuk pengetahuan Puan Yasmeen, pelanggan kami terdiri dari pelbagai golongan termasuk yang tidak bertudung dan yang bukan Islam. Alhamdulillah, semakin ramai yang tidak bertudung telah mula bertudung dengan memulakan dengan tudung rekaan FAREEDA yang ekslusif."

"Ada golongan bukan Islam yang datang membeli untuk dihadiahkan kepada rakan Islam mereka dan ada yang membeli untuk koleksi mereka. Strategi yang Puan Yasmeen sebutkan itu adalah benar dan kami ada berbagai strategi lain yang tidak berkaitan dengan agama untuk meningkatkan kekuatan perniagaan kami. Jadi sekali lagi kami ingin maklumkan bahawa kami adalah bukan badan dakwah atau badan keagamaan. Terima kasih."


sumber:kezoom

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Marie Zasy Jone said...

benda ni april 2012 la. citer lama. skang kan dah ada yang labuh?


22 November 2013 at 09:22

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved