UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?

[x]

UAI di Bayar RM25~30K Dalam Ustaz Mu Tunggu Aku Datang?

on Saturday 23 November 2013

 Dengan menampilkan seorang penceramah bebas yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! ia merupakan strategi tersendiri yang dilakukan oleh syarikat perfileman gergasi milik David Teo, Metrowealth.

Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan penceramah berkenaan menerima bayaran yang agak lumayan iaitu antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja.

Penerbitnya, David Teo ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis pratonton filem berkenaan baru-baru ini enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth.

“Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.

“Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya,” jelas penerbit berkenaan.

Tidak menjelaskan jumlah sebenar terhadap bayaran yang dibuat, David menegaskan ia sepatutnya tidak menjadi pertikaian memandangkan peranan Azhar dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre itu memberi impak kepada jalan cerita.

Ujarnya, biarpun terbabit dalam tiga babak serta dilihat sebagai penampilan khas, namun jiwa Azhar yang diterapkan oleh Pierre dalam filem tersebut sangat kuat dengan sebuah kisah yang mantap.

“Bayaran yang Metrowealth berikan bukanlah dinilai kepada kekerapan kemunculan beliau, tetapi lebih menjurus kepada falsafah dan pandangan beliau menerusi mesej positif yang disampaikan,” jelasnya.

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! menceritakan tentang Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya Muiz (Ajak Shiro) pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.
sumber: Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved