Ungkapan sayang anak Williams

[x]

Ungkapan sayang anak Williams

on Sunday 24 November 2013

Penyanyi popular Britain, Robbie Williams, 39, me­ngakui hatinya tersentuh saat anaknya, Theodora Rose, 14 bulan, buat kali pertama mengungkapkan kata sayang kepadanya.

Katanya, ketika itu hanya dia bersama Theodora dalam bilik tidur dan mereka bermain bersama-sama.

“Ketika itu dia melambaikan tangan kepada sesiapa saja yang lalu di depan rumah. Saat itu saya katakan kepadanya, ‘I Love You’ dan dia membalas ‘I Wove You’.

“Hanya dia yang paling penting sekarang kerana Theodora membuatkan saya gembira. Saya hanya ingin menjadi ayah kepadanya dan perkara lain tidak penting buat saya,” katanya.

Williams yang berkahwin dengan Ayda Field mendedahkan, dia sangat bimbang anaknya akan berjumpa lelaki sepertinya apabila dewasa kelak. Dia berharap dapat mendidik anaknya supaya bijak memilih.

“Saya hanya bergurau mengatakan dia akan bertemu lelaki seperti saya ketika berusia 16 tahun hingga 36 tahun dan memberitahunya kemungkinan perkara yang harus dilakukan jika itu benar-benar terjadi.

“Namun saya sedar, sebagai manusia kita memerlukan kasih sayang dan saling menghormati. Apabila kita beri kedua-duanya, dia akan menjadi pemilih bijak,” katanya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved