Sudah lama gosip percintaan antara pelakon kacak Zul Ariffin dengan Naib Presiden Astro Show, Gayatri Su-Lin Pillai tersebar luas. Malah masing-masing tidak berselindung lagi menunjukkan kemesraan bersama.
Persoalan bilakah Zul Ariffin akan menamatkan zaman bujangnya, Zul nampaknya belum bersedia untuk berkongsi sejauhmana perancangan dalam hubungan mereka secara terbuka kepada para peminat namun dia hanya memberitahu bahawa dia dan Gayatri memang sudah merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.
“Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.
“Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu,” jelas Zul.
Aktor berusia 27 tahun ini mengakui mula bercinta dengan Gayatri, 38, sejak Jun 2013 selepas mereka berdua bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal arahan Elly Suriati.
Apabila ditanya soal jarak usianya yang jauh lebih muda dari Gayatri, Zul memberitahu jarak umur bukan penghalang untuk dia memilih Gayatri sebagai teman hidupnya dan keputusannya itu dia kena mengena dengan kedudukan Gayatri dalam industri hiburan tanahair.
sumber: http://ohartis.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment