Ustaz Menipu, Boy Iman Mahu Saman Malu RM3 Juta

[x]

Ustaz Menipu, Boy Iman Mahu Saman Malu RM3 Juta

on Sunday, 10 November 2013

Pelakon Boy Norul Iman mengakui telah menjadi mangsa penipuan seorang ustaz berkenaan dengan satu projek Alfafa yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum. Sebelum ini, pelakon ini telah dilantik sebagai duta syarikat dan dia mula menyedari menjadi mangsa penipuan selepas kembali dari umrah baru-baru ini.


"Sebelum ini Boy dilantik sebagai duta syarikat perumahan Alfafa dan pembeli yang berminat boleh mendapatkan rumah banglo dalam masa tiga tahun ini dengan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM89 ribu sahaja. Apabila balik dari umrah, Boy pergi berjumpa peguam dan peguam sahkan bahawa ustaz tersebut tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian tentang projek ini. memanglah kertas hitam putih perjanjiannya ada tetapi dia tidak tanda tangan dengan alasan tidak mempunyai masa dan sibuk.

"Mula-mula dapat tahu, kami ada bergaduh di facebook, berbalas-balas mesej dan Boy juga ada mengajaknya untuk bertemu tetapi dia selalu mengelak. Jadi, Boy ambil keputusan untuk mengadakan sidang media pada 19 November ini untuk menjelaskan keadaan bahawa Boy tidak terlibat lagi dalam projek ini. Manakan tidaknya, 53 orang datang mencari Boy sekarang kerana masalah tersebut. Selepas sidang media kelak, Boy mahu memberi ruang sama ada mahu menyelesaikan secara baik di luar mahkamah atau pun dia akan berdepan dengan samun malu berjumlah tiga juta.

"Sebelum ini juga, Boy sudah menghantar lebih kurang 10 surat kepada dia tetapi tiada sebarang jawapan. Boy tidak katakan yang projek dia menipu tetapi Boy yang menjadi mangsa penipuannya kini. Boy mengikat kontrak sebanyak RM500 ribu sebagai dutanya tetapi sehingga kini Boy belum mendapat apa-apa pun dan lebih parah apabila Boy mendapat tahu dia tidak menandatangani perjanjian.

"Sebelum ini, Boy sentiasa beringat kerana pernah menjadi mangsa penipuan tetapi Boy percaya padanya kali ini sebab ada surat hitam putih daripada peguam tetapi sayangnya surat tersebut tidak bertanda tangan. Boy ada buat laporan polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah komersil. Selain Boy, dua orang artis iaitu Zed Zaidi dan pelakon Abun juga akan hadir di majlis sidang media itu kelak.

"Boy sedih kerana selama ini, Boy percayakan ustaz ini. Lagipun kerana dialah Boy lebih dekat dengan Allah. Walau pun dia selalu bermasalah dan suka bergaduh dengan orang sekeliling tetapi Boy masih percayakannya. Boy rasa cukup sedih kerana selama ini Boy sudah berusaha sedaya upaya untuk projek ini tetapi tidak sangka begini pula kesudahannya," ujar Boy panjang lebar ketika dihubungi wartawan.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved