Yakin jodoh akan sampai

[x]

Yakin jodoh akan sampai

on Sunday, 17 November 2013

Kalau bercakap soal jodoh, Anuar Zain, 43, dan Dayang Nurfaizah, 33, tidak mahu terlalu memikirkannya. Bukan bersikap jual mahal atau berputus asa, sebaliknya dua bintang seni suara ini percaya pada qada dan qadar.

Biarpun diasak dengan persoalan sama, Anuar mahupun Dayang tetap tenang melayani pertanyaan, malah tidak pernah tersinggung dengan persoalan peribadi. Mereka percaya apabila tiba masanya, pasti jodoh akan kunjung tiba.

Semakin bijak mengatur bicara, Dayang berkata, bukan dirinya jual mahal, sebaliknya dirinya percaya dengan ketentuan Tuhan.

Faktor usia bukan lagi isu, ibu bapa dan keluarga juga tidak pernah bertanya. Saya percaya pada qada dan qadar, bila masanya, jodoh saya akan sampai, insya-Allah" Dayang Nurfaizah
“Saya tidak memikirkan sangat soal jodoh, selalunya soalan ini dari media saja (ketawa). Saya lebih fokus kepada kerjaya. Diakui hidup saya tidak pernah sunyi kerana ibu bapa, adik beradik dan anak buah sentiasa bersama. Saya juga tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup.

“Bagi saya, faktor usia bukan lagi isu, ibu bapa dan keluarga juga tidak pernah bertanya. Saya percaya pada qada dan qadar, bila masanya, jodoh saya akan sampai, insya-Allah.

“Saya akui setiap wanita mempunyai keinginan untuk memiliki cahaya mata, tapi mungkin belum tiba waktunya untuk saya. Kini, saya memiliki empat anak saudara dan hubungan kami sangat rapat. Mereka adalah penyeri hidup saya sekarang.
sumber:http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved