Zain, Che Ta umum nikah, resepsi Isnin ini

[x]

Zain, Che Ta umum nikah, resepsi Isnin ini

on Thursday 21 November 2013



Masih berahsia tarikh dan lokasi perkahwinan, Zain Saidin dan pasangannya, Rozita Che Wan atau Che Ta hanya akan menjawab segala persoalan, pada sidang media khas, Isnin ini.

Menemui Zain yang ditemani Che Ta pada majlis pratonton telemovie Oh My Ganu! di Kuala Lumpur, baru-baru ini, masing-masing tampak jelik menjawab soalan mengenai perkahwinan mereka. Namun, selepas diberi penjelasan oleh wakil media, barulah mereka memberi ulasan.

“Kami akan adakan sidang media, tidak lama lagi. Nanti kami jawab soalan yang selama ini ditanya. Jadi, saya harap semua orang bersabar menunggu.

Saya sebenarnya suka apabila ramai yang membuat andaian sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami. Jadi, secara tidak langsung, kami ada pilihan." Rozita Che Wan, Pelakon
“Saya sebenarnya suka apabila ramai yang membuat andaian sendiri mengenai tarikh perkahwinan kami. Jadi, secara tidak langsung, kami ada pilihan. Ini kerana kami belum ada tarikh tetap lagi.

"Kami masih mencari-cari tarikh sesuai kerana mahu seluruh anggota keluarga hadir tanpa ada yang tertinggal,” katanya.
Zain berkata, lokasi perkahwinan mereka sudah ditetapkan.

Zain yang baru pulang daripada Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani penggambaran siri popular, Oh My English, mengosongkan jadual kerjaya bagi memberi tumpuan terhadap persiapan perkahwinannya.

"Saya mahu pastikan semua berjalan lancar. Jadi buat sementara waktu, saya berehat sekejap daripada berlakon. Makin dekat dengan tarikh berlangsung, ramai yang bertanya.

“Jadi saya akui mula berdebar. Apatah lagi sibuk membuat persiapan, perkara yang kecil rupanya penting, jadi memang saya sangat gementar tapi sudah bersedia," katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved