Zizan dan Kaka bagi penulis mempunyai “chemistry” yang sangat hebat. Lagu duet nyanyian mereka berdua iaitu “Bawa Aku Pergi” memang meletup habis tahun lepas. Muka pun ada iras, perangai pun nampak sekepala. Agak-agaknya adakah mereka berdua sebenarnya dalam diam bercinta?
Malah dalam gambar-gambar photoshoot yang pernah diambil oleh mereka sebelum ini pun memang jelas terserlah kemesraannya. Kalau tak silap penulis, tak pernah nampak Zizan bergambar sebegini rapat dengan mana-mana perempuan lain. Mungkinkah Kaka mempunyai satu tempat yang istimewa di hati Zizan? Nampak macam iya lebih-lebih lagi apabila Zizan dan Kaka pergi ke Eropah bersama-sama baru-baru ini.
Kalau dah ke Eropah bersama-sama, mesti ada “something” yang sedang bercambah di hati Zizan dan Kaka. Namun korang jangan salah sangka. Mereka bukan pergi bercuti di sana. Tujuan utama ialah untuk merakamkan video klip Bawaku Pergi versi Eropah..
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment