Sebagai sahabat baik, Abhishek Bachchan tidak mahu Hrithik Roshan dan Suzanne Khan bercerai apatah lagi pasangan itu sudah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Hrehaan, 7, dan Hridhaan, 5.
Abhishek yang bersimpati dengan masalah yang menimpa rakan karibnya meminta semua pihak terutamanya media memberi ruang kepada pasangan itu untuk menyelesaikan kekusutan rumah tangga mereka.
“Jika anda ada baca kenyataan daripada Hrithik, dia minta semua pihak menghormati privasinya, jadi kita berikan mereka ruang dan masa. Rumah tangga mereka sedang diuji, semoga mereka berdua memperoleh kekuatan untuk menempuhnya.
“Saya sendiri akan gembira jika media tidak terlalu menyiarkan berita perpisahan mereka kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Sebagai rakan baik, saya tidak akan mencampuri urusan rumah tangga cuma apa yang boleh saya lakukan agar hubungan mereka jernih semula,” katanya.
Daripada desas-desus yang kian bertiup kencang, Suzanne tetap mahu mengakhiri perkahwinan mereka kerana tidak tahan lagi dengan sikap Hrithik yang amat mementingkan kerjanya daripada rumah tangga.
Suzanne terasa dirinya diabaikan dan ketampanan Hrithik juga antara sebab rumah tangga mereka goyah kerana aktor itu diminati ramai.
Sebaliknya Hrithik tidak mahu melepaskan Suzannne dan katanya, segala cinta dan kasih sayangnya milik isterinya seorang.
sumber:http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment