Ketagihannya itu disifatkan sehingga terpaksa ‘mencuri’ ibu jari tunangnya, model Victoria’s Secret, Behati Prinsloo, 24, ketika sedang tidur untuk menggunakan permainan itu.
Ini kerana menurutnya, game itu hanya dimuat turun menerusi telefon pintar Prinsloo.
Pendedahan tersebut dibuat Levine ketika ditemuramah pengacara Ellen DeGeneres menerusi program bual bicaranya, The Ellen DeGeneres Show, baru-baru ini.
“Itu merupakan obsesi terbaru saya, ianya sangat mengujakan. Ada satu hari, Behati sedang tidur, tapi saya ketagih untuk bermain Candy Crush yang mana hanya ada dalam telefonnya, jadi saya terpaksa curi-curi mengunakan ibu jarinya untuk membuka telefonnya.
“Ketika itu dia sudah separuh sedar dan terus bertanya apa yang sedang saya lakukan, dan kemudiannya saya menjawab, saya sedang main Candy Crush, ianya sangat penting,” katanya dalam nada berseloroh.
sumber:Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment