Afdlin Shauki Nafi Bermusuh Dengan Hans Isaac

[x]

Afdlin Shauki Nafi Bermusuh Dengan Hans Isaac

on Saturday, 7 December 2013

 Afdlin Shauki menafikan laporan dia tidak lagi bertegur sapa dengan rakan baiknya Hans Isaac, sebaliknya dia menganggap cerita berkenaan sebagai mengarut.

Afdlin berkata, dia juga pelik bagaimanakah cerita berkenaan boleh timbul sedangkan tuduhan itu tidak pernah terjadi.

"Saya dan Hans telah berkawan sejak kami bersekolah. Jika kami bergaduh pun ia hanya melibatkan tentang kerja dan selebihnya kami sangat rapat sehingga ke hari ini.

"Cerita yang mengatakan kami bergaduh adalah mengarut sama sekali," katanya kepada mStar Online.

Minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan Afdlin kononnya berjauh hati dengan sikap Hans yang tidak membantunya ketika dia berada dalam keadaan susah selain kumpulan Boboi tidak dijemput menyertai pementasan Lawak Ker Der 3 (LKD3) di Istana Budaya.

Menjelaskan hal berkenaan, Afdlin berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada pelawaan Hans untuk terlibat dalam LKD3 kerana terlibat dalam beberapa projek lain.

Jelas Afdlin, Hans juga memahami mengenai situasi itu dan tidak pernah timbul sebarang isu tentang hal tersebut.

"Takkan la hanya kerana saya tidak dapat menyertai Lawak Ker Der! saya dituduh bermusuh dengan Hans. Sebenarnya jadual kerja kami benar-benar padat, itu sahaja," jelasnya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved