Bayi perempuan ditemui berbalut sarung bantal belakang rumah !

[x]

Bayi perempuan ditemui berbalut sarung bantal belakang rumah !

on Saturday 14 December 2013



Puchong - Penduduk di Bandar Kinrara gempar apabila seorang bayi perempuan yang hanya dibalut sehelai sarung bantal ditemui dibelakang sebuah rumah dekat sini, awal pagi tadi.Bayi berkenaan ditemui seorang wanita selepas dia terdengar tangisan yang tidak henti-henti di belakang rumah didiaminya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan daripada seorang penduduk memaklumkan terdengar suara bayi menangis di belakang rumah kira-kira jam 12.30 pagi.Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang bayi dalam keadaan lemah diletakkan di belakang rumah teres berkenaan.

Abd Razak berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berikutan sarung bantal yang membalut tubuhnya terdapat kesan darah.Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan berkenaan dan keadaan lorong adalah gelap.Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.Bayi tersebut dihantar ke Hospital Serdang dan keadaannya dilaporkan stabil. 
sumber: Sinar Harian

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved