SEHARI dua ini nampaknya dunia hiburan kita hanya diwarnai dengan majlis persandingan Zain dan Rozita Che Wan.
Apatah lagi dengan ‘kehadiran’ permata berlian berharga lebih RM10 juta yang ditaja oleh Habib Jewel kepada pasangan pengantin popular berkenaan.
Namun pada masa yang sama, di ibu negara berlangsung juga majlis perkahwinan di antara pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dengan kakak kepada penyanyi ppopular Dafi iaitu Nina.
Namun kini dah mula kedengaran cakap-cakap yang mengatakan majlis persandingan Jovian- Nina LEBIH MENARIK berbanding majlis persandingan Zain – Che Ta.
Walaupun dari segi publisiti, Zain- Che Ta lebih mendapat tempat namun ramai yang beranggapan majlis mereka ‘overrated’ atau diberi publisiti yang terlalu berlebihan hingga hilang elemen ‘kejutan’ yang dinanti peminat.
Begitu juga dari segi pakaian, sesuai dengan latar belakangnya sebagai pereka fesyen terkemuka, ramai yang beranggapan pakaian yang dipakai mempelai berdua itu jauh lebih cantik berbanding pakaian Zain – Che Ta yang terlalu sarat dan ‘serabut’.
Ambooyyyyy mulutttt….
Apapun kami merasakan adalah menjadi HAK mana-mana pasangan untuk kelihatan cantik di hari bersejarah mereka, sama ada menarik atau sebaliknya ia adalah sesuatu yang SUBJEKTIF.
Yang penting mereka dah lakukan yang terbaik, bukan mudah mengadakan majlis perkahwinan apatah lagi dalam skala yang besar dan mewah seperti yang dilakukan kedua-dua pasangan itu.
Paling mustahak, bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka, baik Jovian – Nina mahupun Zain -Che Ta, kekal hingga akhir hayat.
Itu lebih afdhal dan dituntut oleh agama.
SELAMAT PENGANTIN BARU! – Mynewshub.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment