Cristina Suzanne Akui Putus Tunang Dengan Ahli Perniagaan

[x]

Cristina Suzanne Akui Putus Tunang Dengan Ahli Perniagaan

on Monday 16 December 2013

Ah, sedihnya mendengar apa yang terjadi terhadap Cristina Suzanne. Hari ini menerusi BiPop, Cristina mengakui bahawa dirinya sudah pun putus tunang. Mereka berdua telah merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 22 Januari 2014.

Cristina Suzanne enggan berkongsi punca sebenar putusnya pertunangan yang dibina kerana ingin menjaga hati banyak pihak. Kata Cristina:-
Sejujurnya saya tidak mampu memberika jawapan “direct” kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Andai saya tersilap cakap, ada pihak yang terasa dan berkecil hati, saya tak mahu menanggung dosa. Sebolehnya saya tidak mahu menghebohkan perkara ini, tapi saya tahu, lambat laun, media mahupun peminat akan tahu juga.
Apa yang pasti, perancangan saya untuk bernikah pada 22 Januari depan tidak akan menjadi kenyataan. Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. Ikutkan hati, saya nak perkara peribadi disimpan untuk tatapan diri sendiri saja dan berkongsi cerita perihal kerja semata-mata bersama peminat.
Namun saya perlu akur, kehidupan saya hari ini tidak sama ketika masih bertugas sebagai pramugari dulu. Sebagai figura awam, setiap inci yang saya buat, orang nak tahu. Tapi saya tak boleh mendedahkan segala-galanya kerana banyak hati yang perlu saya jaga bukan hanya perasaan sendiri.


Respek dengan sikap Cristina Suzanne yang berterus-terang dalam bab ini. Yang perlu dirahsiakan tak apalah dirahsiakan. Namun yang penting, status pertunangan Cristina yang menjadi teka-teki orang ramai sejak kebelakangan ini sudah terjawab. Sekurang-kurangnya tiadalah kedengaran khabar angin yang ditokok tambah selepas pengakuan ini. Kejujuran sebegini memang sukar dicari di kalangan selebriti tempatan. Apa pun,  percaya jodoh yang lebih baik menunggu Cristina Suzanne di masa hadapan. Sabarlah atas dugaan ini.
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved