Filem kutipan terburuk 2013

[x]

Filem kutipan terburuk 2013

on Monday 16 December 2013


MENELAH selera penonton merupakan satu kesukaran buat pembikin filem sepanjang tahun 2013. Jika sorot kembali kepada pencapaian filem-filem yang ditayangkan tahun ini boleh disifatkan sebagai tahun yang cukup mencabar.

Soal selera penonton, soal penghasilan karya bermutu sehinggalah inti pati sesebuah filem itu bukan jaminan untuk mereka laku dan mendabik dada menjadi pembikin filem.

Tahun lalu sebanyak 76 buah filem tempatan dihasilkan berbanding 49 buah filem pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun tahun ini, jumlah penghasilan filem menurun apabila hanya 60 filem diterbitkan sehingga 30 November lalu.

Lebih malang sambutan yang diberikan oleh penonton filem tempatan tahun ini juga nampaknya semakin merudum berbanding beberapa tahun sebelum ini.

Jika dilihat kepada beberapa filem Melayu tempatan, jumlah pungutan tiket cukup menghampakan sehingga ada yang hanya mendapat hasil jualan sekitar puluhan ribu ringgit sahaja.

Minggu ini, Pancaindera menyenaraikan 10 buah filem yang dianggap tak laku dari segi pungutan tiket panggung wayang (statistik laman web Finas sehingga 9 Disember 2013).

Pada Suatu Cinta Dahulu

FILEM kedua terbitan MIG Picture pada tahun ini nampaknya tidak seperti yang diharapkan.

Filem ini mempertaruhkan pelakon-pelakon terkenal antaranya Intan Ladyana, Wawa Zainal dan Nizam Zaidi.

Mula ditayangkan pada 21 Februari lalu, filem ini hanya mampu mendapat jualan tiket sebanyak RM200 ribu berbanding kos penerbitan sebanyak RM1.34 juta.
sumber: http://www.utusan.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved