
Menurut pengadu, Nazieratul Ayu Mohd Romli, 19 berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, dia bersama dua rakannya pergi ke kedai itu untuk membeli makanan.
Menurutnya, dia mengambil hidangan ikan, telur dan sayur sebelum membungkusnya untuk dinikmati di tempat kerja.
“Sewaktu menikmati hidangan itu, saya terkejut menjumpai seekor serangga seakan-akan kumbang berkaki banyak berada di dalam lauk tersebut.
“Saya segera bertanyakan seorang rakan mengenai jenis serangga itu dan terkejut setelah dimaklumkan ia merupakan seekor parasit yang sering berada dalam mulut ikan,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.
Nazieratul Ayu berkata, dia segera mencari maklumat mengenai parasit itu di dalam laman sesawang dan mendapati ia mampu memudaratkan manusia jika dimakan.
Lebih mengecewakan, Nazieratul Ayu turut mendakwa sudah tiga kali menemui parasit di dalam makanan dibeli di premis yang sama.
“Sebelum ini, saya tidak syak apa-apa kerana menyangka ia mungkin rempah masakan.
“Namun, setelah tiga kali berturut-turut menemuinya dalam makanan dibeli ditambah keadaan kakinya yang banyak, saya segera membuat carian di laman sesawang,” katanya.
Nazieratul berkata, penemuan parasit tersebut membuktikan pengusaha kedai makan itu tidak mencuci ikan yang dimasak dengan bersih.
“Ada rakan meminta saya melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Perak (PPP) bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Bagaimanapun, saya menolak hasrat itu dan mengadu pada media agar pengusaha kedai makan tersebut tidak mengulangi perkara yang sama,” katanya.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment