
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa Siti Maimunah Abdullah, 34, yang bekerja sebagai jururawat meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi mendapatkan rawatan.
Turut maut dalam kemalangan itu ialah anak lelaki mangsa dan ibu saudara mangsa Zabedah Dollah, 49, selepas tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.
Sementara itu, suami mangsa yang memandu kereta tersebut dan pemandu MPV berkenaan Kamarizan Mat Yaman, 32, terselamat dan mengalami kecederaan.
Difahamkan mangsa bersama suami, anak serta ibu saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis cukur jambul bayinya itu di Pulau Melaka.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment