Gempar- 2 Kepala Mayat Hilang Dalam Seminggu

[x]

Gempar- 2 Kepala Mayat Hilang Dalam Seminggu

on Monday 16 December 2013

 Polis di daerah di Jawa Tengah ini semalam melancarkan siasatan terhadap perbuatan mencuri bahagian kepala mayat yang berlaku dua kali dalam masa seminggu.

Bercakap di tanah perkuburan Sabuk Janur, tempat mayat berkenaan dicuri, Ketua polis tempatan Andri Triaspoetra berkata, pihaknya hingga kini belum dapat memastikan motif perbuatan berkenaan.

Menurut penduduk tempatan, antara mayat yang dicuri dari tanah perkuburan itu ialah milik Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati si pencuri mengambil kepala dan tulang rusuk serta meninggalkan bahagian tubuh lain di dalam liang lahad.

Turut ditemui berhampiran kubur Endah ialah cangkul kecil, kandang ayam, sarang burung, lilin berbentuk angka 2 dan 4 sesuai usia mayat, dan beberapa potongan tubuh mayat.

Penduduk tempatan yakin kejadian mencuri mayat berkenaan ada kaitan dengan amalan ilmu hitam memandangkan Endah masih anak dara ketika meninggal dunia dan mati pada Jumaat Keliwon, yang mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, jatuh pada setiap malam Jumaat ketiga pada sesuatu bulan.

Seorang bomoh dari Pasuruan, Jawa Timur, Mas Hari berkata, dia percaya si pencuri itu baru belajar ilmu hitam, termasuk mahu kaya cepat.- Agensi
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved