Gosip Bercumbuan Calar Hati Keluarga - Tasha Shilla

[x]

Gosip Bercumbuan Calar Hati Keluarga - Tasha Shilla

on Wednesday, 11 December 2013

Pelakon Tasha Shilla berkata tuduhan kononnya dia bersikap kurang sopan apabila bercumbuan dengan individu bernama Hans di sebuah kafe hotel terkemuka telah mencalarkan hati keluarganya.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, walaupun ibu dan ayahnya tidak menunjukkan perasaan sedih di depannya, namun dia tahu gosip tersebut pasti membuatkan kedua-dua mereka berasa sedih.

"Ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila anak mereka digosipkan dengan perkara-perkara memalukan?

"Sudahlah sebelum ini ada berita kononnya saya ditangkap khalwat. Sekarang pula, saya dikatakan bercumbuan di khalayak ramai.

"Walaupun mak dan ayah tahu cerita sebenar, tetapi mereka terpaksa berdepan pelbagai persoalan daripada rakan-rakan dan saudara. Mujurlah mereka faham dan percayakan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Tasha bersama lelaki yang dikatakan kekasihnya.

Pada 4 Disember lalu, sebuah akhbar melaporkan Tasha bercumbuan dengan Hans di sebuah kafe hotel terkemuka.

Bagaimanapun Tasha menafikan sekeras-kerasnya perkara itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal apabila melakukannya di tempat awam lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama Cinta Bertamu Di Abu Dhabi ini menyifatkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak melenting membuatkan ada segelintir pihak sengaja mengambil kesempatan mengada-adakan cerita buruk mengenainya.

"Saya seorang yang tidak mudah melenting dengan apa-apa isu yang timbul. Tetapi janganlah 'provoke' saya dengan cerita-cerita rekaan sendiri. Kalau nak cakap isu ini telah mencalarkan nama saya, rasanya gosip sebelum ini lagi teruk.

"Tapi sampai bila gosip-gosip buruk sebegini mahu berterusan? Selagi saya boleh tahan, saya tahan. Tetapi bagaimana dengan mak dan ayah? Jangan sampai saya terpaksa mengehadkan kemesraan saya bersama orang sekeliling saya," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha bakal sibuk dengan penggambaran drama Dinginnya Sahara bersama aktor Afiq Muiz di Bandung, Indonesia pada pertengahan bulan ini.

Manakala pada tahun depan, Tasha akan bergandingan bersama Nazim Othman menerusi drama Gerimis Salju, di mana penggambarannya akan dijalankan di Korea Selatan.

"Alhamdulillah, setakat ini gosip-gosip buruk tidak pernah menjejaskan kerjaya saya.

"Saya percaya apabila mempunyai disiplin dalam kerja, kita akan mendapat kepercayaan daripada penerbit," ujarnya yang juga terlibat dengan klip video kumpulan baharu iaitu Bendang.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved