Hanez Suraya Keluar Semula Dengan Awi Rafael?

[x]

Hanez Suraya Keluar Semula Dengan Awi Rafael?

on Thursday, 19 December 2013


Timbul dakwaan mengatakan hubungan cinta Hanez Suraya dan Awi Rafael kini terjalin semula. Kononnya Hanez dan Awi kini keluar bersama-sama seperti dahulu. GUA mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hanez mengenai perkara ini.

“Dakwaan tersebut tidak betul. Kami berdua memang tidak lagi berhubungan. Kali terakhir saya terserempak dengan dia adalah semasa rakaman program ‘Melodi Raya’ pada bulan Ramadan lalu, itupun secara tidak sengaja,” ujar pelakon telefilem ‘Sayangku Damia’ ini.

“Walaupun kini saya tidak lagi berhubung dan mempunyai hubungan cinta dengan dia, saya tetap menyokong kerjaya seninya. Saya tahu bagaimana perjalanan karier seninya semenjak dia mula-mula menceburkan diri dalam industri muzik Malaysia. Lagipun sebelum bercinta dengan dia, saya merupakan seorang peminatnya,” jelas Hanez ketika ditemui di Majlis Pelancaran Duta Aura White Beauty di Aloft Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hanez yang merupakan duta kepada produk Aura White Beauty mendedahkan kontroversi yang dihadapinya tidak menjejaskan tugasnya sebagai duta produk tersebut.

“Alhamdulillah, kontroversi yang datang tidak menjejaskan tugas saya sebagai duta. Saya memberikan kerjasama yang cukup baik sebagai duta Aura White. Saya tidak campurkan hal kontroversi dan tanggungjawab saya sebagai duta. Lagipun kontroversi yang datang tidak menjejaskan produk saya. Saya juga turut rapat dengan pemilik, pekerja dan stokis bagi produk ini dan mereka memberi sokongan terhadap saya,” tutur gadis tinggi lampai ini lagi.

Sementara itu, Hanez juga sempat mengulas mengenai kes samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Dasha.

“Saya tak berani komen lebih-lebih, kes tersebut masih berjalan. Ada tuduhan yang mengatakan saya mengambil tindakan melulu dengan terus menyaman dia. Sebenarnya, perkara ini sudah lama dan sudah banyak kali terjadi. Sudah pelbagai cara saya lakukan seperti menyerahkan surat ‘Letter of Demand’, tapi perkara tersebut tetap berlaku. Jadi apa yang saya inginkan sekarang adalah kerjasama daripada pihaknya untuk menyelesaikan kes ini. Perkara ini sudah menjadi kes mahkamah, biar pihak atasan yang uruskan,” ujar Hanez mengakhiri bicara.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved