Konsert Destini Sukses & Menghiburkan!

[x]

Konsert Destini Sukses & Menghiburkan!

on Saturday, 21 December 2013


Malam pertama Konsert Destini yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Jumaat menyaksikan sebuah persembahan yang cukup menghiburkan.

Menampilkan tujuh orang artis Malaysia dan dua artis Indonesia, konsert yang lebih dua jam ini ternyata punya keunikkan tersendiri kerana menampilkan pelbagai genre muzik seperti Rock, Pop, Balada, dan Etnik Kreatif.

Kemunculan Datuk Rossa paling menonjol kerana artis genit ini memilih meyampaikan lebih daripada enam lagu popular seperti Ku Menunggu, Hey Ladies!, Terlanjur Cinta, dan Aku Bukan Untukmu. Tidak ketinggalan Rossa juga berduet dengan Cakra Khan menerusi lagu Terlanjur Cinta yang dipopular dengan Pasha Ungu.

Paling menarik, penyanyi yang bijak berinteraksi dengan penonton ini turut menyampaikan lagu popular Datuk Jamal Abdillah, Kau Kekasih Awal dan Akhir. GUA berpendapat, lagu itu menjadi pilihan Rossa mungkin kerana beliau mahu meluahkan rasa syukur dan gembiranya kerana dianugerahkan pangkat Datuk bersama-sama penyanyi pujaan ramai itu.

Ketika ditemui usai konsert, Rossa memberitahu beliau sendiri membuat keputusan untuk menyanyikan banyak lagu kerana ingin peminat berasa terhibur memandangkan bukan mudah untuknya bertemu peminat-peminat di sini.

Penampilan Datuk Siti Nurhaliza juga tidak kurang hebatnya. Menyampaikan tiga buah lagu iaitu Destinasi Cinta, Lebih Indah dan Cindai, penyanyi ini mengundang tepukan gemuruh setiap kali dia memulakan nyanyian. Tak usah bercakap tentang keupayaan vokalnya kerana Siti tidak pernah menghampakan peminat. Cuma, agak terkilan kerana Siti penampilannya hanya seketika.

Bagaimana pula dengan persembahan artis-artis lain? Kalau sudah nama-nama yang ditampilkan bukan calang-calang orang, jadi persembahan mereka juga bukan pasti hebat. Dayang Nurfaizah muncul sebagai artis yang membuka tirai persembahan dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu Dayang Sayang Kamudan Selagi Masih Ada Cinta.

Persembahan penyanyi ini bagaimanapun agak terganggu kerana masih ramai penonton yang lalu-lalang mencari tempat duduk (mereka sepatutnya datang awal).

Selain itu GUA juga tertarik dengan persembahan dua ‘Otai Rock’ Amy Search dan Awie Wings. Dengan gaya tersendiri dua nama besar ini menghangatkan DATC dengan lagu Pawana, Saat Kuidamkan, Rozana, Gadisku, Sejati dan Terima Kasih Cinta. Paling penting, generasi baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM hafal lirik lagu-lagu ini dan turut menyanyi bersama.



Secara keseluruhan, GUA menganggap Konsert Destini 2013 berjaya dengan objektifnya untuk mempersembahkan sebuah konsert menghiburkan bagi mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, pihaknya berjaya mencapai sasaran RM2 juta memandangkan semua tiket sudah habis terjual.

“Saya gembira kerana impian menjadi kenyataan. Malah, kami juga mencapai sasaran RM2 juta untuk Tabung Pendidikan Anak Bangsa. Saya berterima kasih kepada semua artis yang terlibat kerana bayaran yang mereka kenakan bukan mengikut nilai komersial tetapi berpatutan untuk tujuan kebajikan, “ ujar Aizuddin yang mengakui konsert selama dua malam itu menelan belanja RM700,000.

Konsert Destini yang dihoskan oleh Neelofa dan AG Hot FM ini akan menemui peminat lagi pada malam ini. Malam ini, peminat yang telah membeli tiket boleh menyaksikan Pasha Unggu kerana Cakra Khan hanya dijadualkan persembahannya pada Jumaat.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved