
Kini, seorang lagi pemuda parah sehingga tidak sedarkan diri selepas dibelasah sekumpulan penduduk apabila didakwa memecah masuk untuk mencuri wang tabung masjid di Taman Padang Jaya, Kuantan semalam.
Perbuatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan seorang rakannya itu disedari oleh penduduk selepas alat penggera keselamatan yang dipasang di pintu masjid berkenaan berbunyi pada pukul 1 pagi.
Ketika kejadian, rakan pemuda itu dapat melarikan diri dengan motosikal manakala dia yang tidak sempat berbuat demikian telah dibelasah di kawasan perumahan di Taman Padang Jaya, 200 meter dari lokasi kejadian.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment