Lelongan serpihan pokok dilanggar Paul Walker

[x]

Lelongan serpihan pokok dilanggar Paul Walker

on Thursday, 19 December 2013

Ternyata masih ada pihak sentiasa mencari peluang mengaut keuntungan daripada kesedihan orang lain.

Lihat saja kemalangan yang menyebabkan kematian bintang Fast & Furious, Paul Walker, apabila seorang anak muda menjual sesuatu dari lokasi kejadian.
Bukan serpihan kereta mahupun barangan milik aktor terbabit yang dijual, sebaliknya individu berkenaan melelong enam serpihan pokok yang dilanggar Walker dalam laman web ebay.

Seperti dilaporkan TMZ, setiap serpihan dijual pada harga RM300. Tindakan pemuda itu menimbulkan kemarahan ramai hingga dia menarik balik iklan berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif, dia mengungkapkan permintaan maaf dan berasa bersalah kerana tidak cukup sensitif apabila menjual barangan yang bukan sepatutnya.
sumber:http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved