Selain artis, segelintir peminat juga melihat Nabil seperti tidak sesuai untuk mengendalikan acara terbesar industri muzik tanah air itu yang mana membuat lawak jenaka mempersenda sesama artis seperti mencemar nama baik AIM.
Nabil yang diminta mengulas lanjut mengenai perkara tersebut berkata, dia sudah melakukan yang terbaik ketika mengacara majlis berprestij itu, malah pihak Astro serta rata-rata-rata komen penonton memujinya dan suka cara dia mengendalikan majlis tersebut.
"Pihak penganjur, iaitu RIM dan Astro, memuji cara kami mengendalikan acara itu. Begitu juga dengan maklum balas saya terima daripada penonton. Mereka suka cara saya dan mencadangkan supaya lawak yang sama diketengahkan dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang saya sertai ketika ini," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Jelas pelawak berusia 30 tahun itu lagi, dia tahu sebagai seorang pengacara dia harus berpegang pada etika untuk mengelakkan penonton bosan.
"Bukan semua perkara saya main hentam saja. Setiap apa yang kami cakapkan malam itu, semuanya termasuk dalam skrip dan mengikut garis panduan diberikan penganjur. Paling saya takut ialah sewaktu babak bersama Adi Putra. Saya bimbang perkara itu menjadi sensitif.
"Selepas membaca berita pagi itu yang menyatakan kes membabitkan Adi digugurkan, ia membuatkan saya berani membangkitkan isu terbabit di atas pentas."
Sementara itu, pelawak kelahiran Negeri Sembilan ini turut mendakwa persembahannya yang kurang menyengat di program MLM adalah disebabkan penonton yang berat sebelah.
"Sebagai pelawak yang berjenaka berseorangan, sudah tentu saya mengharapkan sokongan penonton untuk memberikan maklum balas positif. Namun sikap pilih kasih mereka yang hanya menjadikan penyokong tegar kepada sesebuah kumpulan membuatkan saya sedikit terganggu."
Namun begitu, ianya tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berusaha membuat persembahan terbaik kepada penonton.
Sumber : duniaku-layan.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment