Neelofa Nafi Pernah Bercinta Dengan Caprice

[x]

Neelofa Nafi Pernah Bercinta Dengan Caprice

on Thursday, 12 December 2013


Pasti ramai pembaca dan peminat industri hiburan di luar sana yang terkejut sebaik tersebarnya berita mengenai penyanyi rap, Caprice mengakui pernah bercinta dengan Neelofa.

Untuk pengetahuan anda, Caprice berkata sedemikian sewaktu ditemubual oleh seorang wartawan rancangan hiburan Melodi baru-baru ini.

Melalui temubual tersebut, Caprice seperti tidak sengaja memberitahu Melodi bahawa kebolehannya bertututur dalam Bahasa Melayu banyak dibantu oleh Neelofa sewaktu mereka bercinta dahulu.

Betul ke Caprice pernah bercinta dengan Neelofa?

Namun menerusi portal Kosmo! Online, Neelofa juga kelihatan terkejut dengan khabar angin tersebut tetapi mengakui hubungan mereka sememangnya rapat.

Sejujurnya, sebelum saya menyertai pertandingan Dewi Remaja dan mula dikenali oleh orang ramai, saya ada terlibat menjayakan sebuah klip video bersamanya. Sejak itu, hubungan kami menjadi rapat.

Meskipun begitu, Neelofa tetap menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi berkenaan seperti yang didakwa.

Saya hanya menganggapnya sebagai teman rapat. Tidak lebih daripada itu. Saya bekerja dengannya dan bersikap profesional.

Tidak dinafikan, dia ada menghubungi saya tetapi hanya sekadar meminta pertolongan untuk diperkenalkan dengan individu yang terlibat dalam industri hiburan. Saya pasti akan menjawab panggilan telefon Caprice kerana saya menganggap dia sebagai kawan. Sebagai seorang teman rapat, saya harus memberikannya sokongan dan pertolongan jika dia memerlukan bantuan.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved