Penanggal berjaya meraih tiga trofi pada Anugerah Filem Digital Malaysia 2013. Foto Rohaizat Darus/The Star.
Filem arahan Elly Suriati berjudul Penanggal menggondol tiga trofi pada Anugerah Filem Digital Malaysia 2013 (MDFA 2013) yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Sabtu.
Selain Filem Digital Terbaik, Penanggal turut memerima dua lagi trofi menerusi kategori Sinematografi Digital Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.
Elly ketika ditemui berkata, kejayaan tersebut telah menaikkan semangatnya sebagai pengarah untuk menghasilkan karya bermutu pada masa hadapan.
Jelasnya lagi, penganugerahan itu juga ada satu penghormatan buat dirinya dan krew yang menjayakan filem berkenaan.
"Ini adalah kemenangan hasil daripada kerjasama dan usaha keras kami sebagai satu pasukan.
"Ia sangat bermakna dan menaikkan lagi semangat untuk menghasilkan filem lebih baik selepas ini," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
MDFA 2013 turut mengumumkan karya berjudul The Boy Who Rocked The World sebagai Filem Pendek Digital Terbaik.
Karya itu turut menerima dua lagi anugerah iaitu Teknologi Media Eksperimental Terbaik dan Suntingan Terbaik.
MDFA 2013 kali pertama diadakan dengan kerjasama Finas bagi menghargai karyawan muda di negara ini dalam hasil kerja menggunakan medium digital dalam penerbitan filem.
Sebuah forum bagi berkongsi tentang pandangan dan cadangan berhubung kerjaya, peluang dan peranan dalam industri filem dan kandungan kreatif negara, menjelang Malaysia sebagai negara maju 2020.
Sementara itu, MDFA 2013 turut memberi anugerah Karyawan Filem Muda Terbaik kepada Paul Gan.
Sebanyak 16 anugerah dipertandingkan pada acara itu.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Malaysian Digital Film Awards 2013:
1. Video Viral Terbaik : All Is Well
2. Animasi Digital Terbaik : Death In D Minor
3. Video Khidmat Masyarakat Terbaik : Like Toy Dolls
4. Muzik Video Digital Terbaik : Youth - Auburn
5. Dokumetari Digital Terbaik : Tukang Perahu Pulau Duyung
6. Filem Pendek Digital Terbaik : The Boy Who Rocked The World
7. Inovasi Komputer Terbaik : Youth - Auburn
8. Teknologi Media Eksperimental Terbaik : The Boy Who Rocked The World
9. Suntingan Terbaik : The Boy Who Rocked The World
10. Sinematografi Digital Terbaik : Penanggal
11. Rekaan Produksi Terbaik : Penanggal
12. Kandungan Naratif Terbaik : Guang
13. Telecereka Digital Terbaik : Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman
14. Filem Digital Terbaik : Penanggal
15. Anugerah Khas Juri : Sanzaru
16. Karyawan Filem Muda Terbaik : Paul Gan

sumber: http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment