Roslan Shah Redha Tiada Jodoh

[x]

Roslan Shah Redha Tiada Jodoh

on Monday 16 December 2013

Roslan Shah

Pelakon dan pengacara Roslan Shah redha apabila hubungan cinta dengan seorang wanita berasal dari Kelantan untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Roslan, 41, berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kegagalan tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Sebagai manusia kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya, mungkin memang tiada jodoh saya dengan wanita itu.

"Saya tidak mahu menyalahkan dia atau mana-mana pihak, saya anggap ada hikmah disebalik kejadian ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Roslan diminta mengulas khabar angin mengenai percintaannya dengan seorang wanita dari Kelantan sudah pun putus dan wanita tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

Jelas Roslan, dia sudah melakukan yang terbaik dan merancang untuk membawa hubungan tersebut ke alam rumah tangga.

"Saya sudah berjumpa dengan keluarga dia dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan ini namun di sebabkan banjir ianya di tangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

"Namun hati manusia cepat berubah dan kita tidak boleh menjangka apa akan berlaku, biarlah ia berlaku sekarang daripada selepas kami berkahwin," katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, dia bakal menunaikan ibadah Umrah pada Mac tahun depan bagi menenangkan jiwa dan berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik.

Tambahnya, kegagalan hubungan tersebut tidak mematahkan semangat untuk dia kembali bercinta dan membina sebuah keluarga suatu hari nanti.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved