Pertandingan tarian yang bersiaran di TV2, Fun Dance, kini tiba ke kemuncaknya. Sabtu ini (21 Disember) enam kumpulan yang layak ke peringkat akhir iaitu Hype Daft- Ignition, FIX, Stepholic, MRT, Wakaka Crew dan Kitta Move akan bersaing bagi merebut hadiah bernilai RM100,000.
Konsep pertandingan tarian ini adalah secara “battle” di mana peserta perlu bersaing untuk mempamer tarian terbaik untuk mencuri hati juri. Genre muzik yang diketengahkan oleh peserta merangkumi genre muzik fusion dan kontemporari sehinggalah ke genre muzik masa kini bersesuaian dengan peredaran masa. Rancangan ini menampilkan tiga orang juri tetap iaitu model terkenal Amber Chia dan dua orang Kareografer terkenal iaitu Ahmad Kassan dan juga Adam Corrie Lee.
Sesi ujibakat Fun Dance telah bermula dari bulan Oktober hingga November yang lalu melibatkan enam lokasi utama bermula di Stadium Negeri Kuala Terengganu, Plaza Pelangi Johor Bharu, Aman Jaya Mall Sungai Petani , Space U8 Shah Alam dan diikuti di Borneo Hyper Mall Kota Kinabalu serta Boulevard Mall Kuching Sarawak.
“Sepanjang ujibakat dijalankan melalui siri My Gempak 2 ini, kami mendapat sambutan penyertaan yang sangat positif. Peserta yang datang memang sudah bersedia. Sebanyak tiga kategori dibuka iaitu Solo, Duo dan Berkumpulan yang mana ahli kumpulan tidak melebihi enam orang. Had umur adalah terbuka tetapi tidak melebihi 40 tahun. Selepas itu, sesi saringan dan pemilihan dijalankan oleh juri-juri yang berpengalaman untuk mara ke peringkat yang seterusnya” ujar Penerbit program ini, Oja Kismilardy.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan peringakat akhir pertandingan tarian ini boleh menghadirkan diri ke Auditorium Perdana Angkasapuri seawal jam 8.00 malam. Ini kerana program ini akan bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam. Masuk adalah percuma.
Dimaklumkan terdapat hadiah misteri untuk penonton yang hadir dan juga untuk penonton di rumah. Selain itu, terdapat juga persembahan istimewa daripada Ning Baizura.
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment