Memegang watak sebagai Syumaila dalam drama 13 episod berjudul 'Aku Ada Wali', Saleha memberitahu sepanjang terlibat dengan produksi itu, dia mempelajari banyak perkara tentang Islam yang sebelum ini tidak diketahuinya.
"Drama bersiri ini menerapkan pelbagai nilai positif seperti persahabatan, kekeluargaan dan fakta-fakta mengenai Islam. Selain bekerja, saya turut mempelajari banyak perkara baru mengenai Islam yang tidak diketahui oleh saya sebelum ini.
Ketika mula-mula dapat skrip, saya telah menjelaskan kepada pengarah bahawa saya tidak mahu membawa watak yang terlalu serius. Saya yakin, jalan cerita drama bersiri berbentuk komedi romantik ini akan dapat menarik perhatian penonton,” ujar Saleha ketika ditemui di sidang media 'AKu Ada Wali' di Korean Plaza, Menara Hap Seng, di sini, pada Rabu.
Bercerita tentang watak Syumaila, Saleha memberitahu Syumaila merupakan seorang gadis yang berperibadi mulia, sifat kepimpinan yang tinggi dan mempunyai pegangan yang begitu kuat kepada agama. 'Aku Ada Wali' menyaksikan Syumaila dalam pencarian mencari cinta sejati yang boleh membimbingnya.
Berkongsi tentang pengalamannya ketika penggambaran, Saleha menjelaskan dia begitu gembira kerana berkesempatan berkunjung ke Korea kerana drama bersiri tersebut menjalani penggambaran di Seoul dan Busan.
“Kami menjalani penggambaran selama 15 hari di Korea dan 10 hari di Malaysia. Di samping cuaca yang begitu sejuk dan jadual penggambaran yang begitu padat, kami seluruh warga produksi gembira dengan peluang yang diberikan,” ujar Saleha.
'Aku Ada Wali' bakal ditayangkan setiap Selasa pada jam 10.00 malam di saluran 114 (TV Al Hijrah) mulai 14 Januari tahun hadapan. Drama bersiri ini membariskan pelakon seperti Zahiril Adzim, Aida Jebat, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Puteri Chi Chi dan ramai lagi.
sumber:http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment