Tak puas hati dengan Lana Nordin

[x]

Tak puas hati dengan Lana Nordin

on Monday 16 December 2013


CERITA cinta ke depan tapi cerita karier dah jauh tertinggal di belakang. Ini yang berlaku pada Johan As’ari dan Lana Nordin yang baru-baru ini mengaku sedang mengenali hati budi masing-masing.

Syed tak ada masalah pun dengan cerita cinta mereka. Tapi yang tak sedapnya bila ada beberapa orang produksi filem Paku yang nampaknya tak berpuas hati dengan pasangan ini sejak mereka mengaku bercinta.

Bukan apa, ketika pengakuan tu dibuat Johan sedang rancak dalam rangka promosi filem Paku. Bila selalu sangat usung teman wanitanya itu ke beberapa tempat promosi dah membuatkan orang lain tak senang duduk.

“Nak pergi fotografi pun usung Lana, nak ke tayangan pratonton pun usung Lana sampaikan orang lain naik rimas sebab Lana ada sahaja di mana-mana menemani Johan.

“Bila Lana ada dah tentu wartawan akan tanya pasal cinta Johan pada dia. Bila banyak kali sangat cerita cinta mereka keluar, mana cerita promosi filem?

“Sedangkan dia sepatutnya bercakap hal filem dan mempromosikan filem Paku dan bukannya mempromosikan cerita cintanya tu. Tapi nak buat macam mana ini permainan mereka.

“Bagi pihak produksi memang ada rasa kesal sebab terlalu banyak cerita cinta dia keluar. Kalau orang bosan dan jadi menyampah tentu sekali memberikan impak pada filem ini," kata orang produksi ini lagi.

Mungkin kehadiran Lana hanya untuk memberikan semangat dan dorongan pada buah hatinya itu. Syed rasa tak lebih daripada itu.

Tak mengapalah, setidak-tidaknya ada juga promosi filem Paku walaupun sedikit. Itu pun ada daripada tak ada terus. Tak gitu?

Syed: Adi Putra kata dia dah bebas daripada “kes isteri orang" malam Khamis yang lalu. Harap-harap tak ada lagi cerita baru yang keluar tentang mereka.
sumber: http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved