Siapa aktor pujaan anda? Jika Remy Ishak, di sini berikan peluang untuk meluangkan masa bersama hero filem Cun! ini. Kali ini anda habiskan masa bersama Remy dengan menyaksikan kemuncak Cabaran Dashing 2 yang bakal menobatkan juara futsal neon musim kedua pada 13 Disember 2013, 7.00 malam, di Sports Planet, Kota Damansara. Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.
Dibawakan kepada anda oleh Dashing For Men jenama produk penjagaan keterampilan lelaki terulung tempatan ia memperhebat imej sukan futsal ke aras yang lebih tinggi dan mencabar dengan penganjuran peraduan ini buat julung kalinya di Malaysia.
Tambah menarik, anda juga berpeluang mendekati Dashing Allstars yang lain iaitu Henry Golding serta pemain bola sepak Selangor, Afiq Azmi dan Bunyamin Umar yang bakal beraksi pada perlawanan akhir Cabaran Dashing 2.
Dashing For Men memberikan peluang kepada peminat futsal untuk merasai pengalaman menjaringkan gol neon di Klinik futsal neon Cabaran Dashing 2 yang diketuai oleh jurulatih profesional undangan – Rusdi Suparman, bekas pemain bola sepak kebangsaan serta tips- tips dan teknik asas futsal daripada pemain bola sepak Selangor Afiq Azmi dan Bunyamin Umar.
Cabaran Dashing 2 dikuasakan oleh inovasi produk terbaru Dashing For Men Pembersih Muka dan Mandian 2 dalam 1 Dashing For Men Hydra Energy dan Clear Matte dengan formulasi dwi tindakan dirumus khas untuk kulit muka dan badan melengkapkan keperluan rejim keterampilan jejaka moden kini serta memberikan keyakinan dan kesegaran selepas setiap sesi futsal anda!
Cepat rebut peluang mendapatkan (5) pasang tiket perlawanan akhir Cabaran Dashing 2 berserta Kit Keyakinan Eksklusif Dashing For Men.
Untuk memenangi tiket dan hadih istimewa ini, anda harus menjawab soalan-soalan berikut:
1) Siapakah penganjur Cabaran Dashing 2?
2) Senaraikan kesemua bintang Dashing All Star
3) Apakah inovasi produk terbaru daripada Dashing For Men?
Sila emaikan jawapan berserta dengan nama penuh, nombor kad pengenapan serta nombor telefon anda ke gua.editorial@gmail.com
Tarikh tutup peraduan ialah pada 9 Disember (Isnin), jam 6.00 petang. Senarai pemenang akan diumumkan pada Selasa, 10 Disember.
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment