Memang benar sekiranya pelajar tajaan kerajaan atau badan persendirian di luar neagara terlibat dalam dakwaan yang mampu menjatuhkan maruah, mereka akan dipanggil untuk siasatan. Sekiranya terbukti benar, memang boleh dikenakan tindakan. Itu yang Iqram tak mahu cerita hubungan songsang ini berterusan disebarkan. Kang tak pasal-pasal kawannya kena panggil sedangkan ia adalah berita palsu. Kata Iqram menerusi Utusan Malaysia:-
Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana.
“Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini.
Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita. Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan.
Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia
Apa pun respek dengan Iqram Dinzly yang tidak mudah melatah dan tenang menghadapi gosip sebegini.
sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment