Bayi 18 Bulan Nyaris Di Sembelih Abang Sendiri

[x]

Bayi 18 Bulan Nyaris Di Sembelih Abang Sendiri

on Wednesday, 18 June 2014

Seorang bayi berusia 18 bulan nyaris maut setelah disembelih oleh abangnya sendiri.

Si abang yang berusia tiga tahun sebelum itu menemani bapanya ke pusat penyembelihan biri-biri di daerah Naseem di Riyadh dan menyaksikan cara haiwan itu disembelih.

Menurut akhbar Sabq, apabila pulang, dia mahu melakukan proses sama terhadap adiknya, Shawq.

Dia mengambil pisau di dapur dan cuba menyembelih adiknya.

Mujur kejadian itu disedari ibu bapa mereka yang membawa mangsa ke hospital.

Menurut si bapa, keluarganya didatangi tetamu dan dia keluar ke pusat penyembelihan untuk membeli daging biri-biri bagi meraikan mereka, membawa bersama anak lelakinya.

“Apabila pulang, kami terkejut melihat dia menyerang adiknya, menikamnya di dada dan leher. Dia meniru apa yang dilihatnya di pusat penyembelihan itu.

“Darah keluar dengan banyak hingga menyebabkan kami cemas. Mujur saya sempat membawa Shawq ke hospital,” kata bapa kedua-dua kanak-kanak itu. - Agensi
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved