GEORGE TOWN - Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam selepas kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas cangkung di rumahnya di tingkat sembilan, Flat Jalan Sungai, Sungai Pinang di sini semalam.
Dalam kejadian kirakira pukul 10 pagi itu, Muhammad Iskandar Hakimi Mohd. Azrul difahamkan telah masuk ke dalam tandas tersebut bersama neneknya, Salbiah Ariffin, 61, untuk membantu membasuh punggungnya.
Sebelum itu, ujar Salbiah, kanak-kanak itu mengadu kepadanya yang dia sukar untuk membuang air besar dan meminta untuk memakai lampin pakai buang. Namun tanpa diduga, sebaik keluar dari tandas, warga emas itu terkejut apabila Muhammad Iskandar mengerang selepas kakinya tersangkut di dalam lubang tandas berkenaan.
"Cucu saya menjerit kesakitan dan saya sedaya upaya menarik kakinya keluar namun tidak berjaya. "Ketika itu, saya tidak tentu arah sebaik melihat keadaan cucu saya yang takut dan meminta tolong. Saya tinggalkan dia sekejap dan terus hubungi bomba," katanya yang tinggal berdua dengan Muhammad Iskandar ketika kejadian.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba Balai Jalan Perak, Yaakob Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa memotong paip pembetungan jenis polivinil klorida (PVC) di kediaman aras lapan sebelum berjaya mengeluarkan kaki mangsa pada pukul 11.40 pagi.
Yaakob berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai cara untuk menyelamat kaki mangsa yang tersangkut termasuk memecahkan lantai jubin dan mangkuk tandas tetapi tidak berjaya. "Kami berdepan kesukaran kerana tiada udara mahupun vakum untuk mengeluarkan kaki mangsa dan terpaksa memotong paip pembetungan di aras bawah rumah mereka.
"Tindakan tersebut berjaya setelah kaki mangsa yang dilihat dari bawah dapat ditolak ke atas selepas disapu dengan minyakr ujarnya. Ketika usaha menyelamat, kanak- kanak itu tenang namun pucat lesi dan kelihatan gementar, kata Yaakob lagi. Mangsa yang dirawat di Hospital Pulau Pinang kini dilaporkan stabil.
sumber: http://gigikini.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment