Faezah Elai Bergaduh Dengan Peminat?

[x]

Faezah Elai Bergaduh Dengan Peminat?

on Thursday, 5 June 2014

Niatnya baik, cuba membantu dan memberi kerjasama sehabis baik sepanjang bersiaran. Namun gara-gara tegurannya, tetiba Faezah Elai pula dipersalahkan.

Menurut laporan, Faezah dikatakan penyebab rakan pengantaranya yang juga merupakan salah seorang peserta programrealiti Ikon Siarawan iaitu Alia tersingkir.

Keadaan terus panas apabila Faezah Elai didakwa berperang di Twitter dengan seorang penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran tersebut dan terus menyalahkan pelakon itu.

Menurut ibu anak satu ini, dia tidak bergaduh dengan penonton tersebut sebaliknya sekadar bertanya dan meminta penjelasan ekoran dia dikatakan bersikap tidak profesional.

“Peserta tersebut pula diberikan tugasan sebagai pengacara jemputan program Feminin kendalian saya. Sepanjang siaran itu, mulanya saya memang bagi dia peluang untuk bercakap tapi tak sangka pula dia terlalu banyak bercakap sampai lah dah nak keluar ending kredit. Jadi saya tiada pilihan saya terpaksa cakap potong cakap dia”

“Tentang tweet itu pula, bukan berperang pun tapi saya cuma bertanya kembali kepada orang yang tweet saya itu, tentang kenapa dia berkata saya tidak profesional. Sejujurnya saya tidak menonton program Ikon Siarawan itu, jadi saya kurang jelas apa yang pengikut di Twitter itu cuba katakan kepada saya”

“Katanya, saya tidak profesional. Saya tanyakan pada dia yang dia tonton tak Feminin sewaktu giliran peserta itu dan saya sedang kendalikan itu. Itu sahaja,” kata Faezah Elai ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Isteri kepada pengarah drama terkenal, Heykal Hanifah ini ditemui pada majlis pelancaran Jalan-Jalan Minum Kopi Malaysia Bersama Selebriti, bertempat di The Weld, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Faezah, tidak ada sebab untuknya mencetuskan pergaduhan dengan penonton terbabit. Tidak mahu memanjangkan hal tersebut, Faezah menganggap ianya itu telah selesai memandangkan penonton itu telah memohon maaf daripadanya.

“Bukan taraf saya nak gaduh dengan dia. Tapi apa pun, perkara itu dah selesai sebab penonton itu pun dah minta maaf,” katanya ringkas.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved