Selepas pengakuan cinta Hefny Sahad semalam, hari ini menerusi Kosmo, Nad Zainal juga telah membuat pengakuan yang sama. Amboi, amboi, amboi. Diharap Azwan Kombos bertabah. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Amboi. Nad Zainal juga menafikan yang Hefny menjadi punca perpisahannya dengan Azwan Kombos. Kata Nad:-
Dialah lelaki paling rapat dan saya selesa. Apa yang dia beritahu itulah sebenarnya (bercinta). Tiada apa yang hendak ditambah. Saya gembira dan harap semuanya berjalan dengan lancar.
(Kami rapat) Selepas saya dan Azwan putus. Paling utama dia (Hefny) seorang yang bijak. Dia juga matang dan bercita-cita tinggi. Kami juga mempunyai minat yang sama.
Saya tidak mahu komen (mengenai punca perpisahan dengan Azwan). Benda sudah lepas. Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berpisah.
Semoga kebahagiaan ini kekal buat selama-lamanya untuk Nad Zainal dan Hefny Sahad. Jangan kena caras dengan orang lain pulak suatu hari nanti sudahlah. Hehehe. Selamat bercinta!!!
sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment