5 Lokasi Perkahwinan Yang Takkan Dilupai Para Jemputan

[x]

5 Lokasi Perkahwinan Yang Takkan Dilupai Para Jemputan

on Wednesday 9 October 2013


Bila bercakap tentang perkahwinan, yang terbayang di minda adalah sebuah majlis indah bertempat di dewan, rumah atau hotel. Namun, jangan terhadkan pemikiran anda kerana yang sebenarnya majlis perkahwinan boleh diadakan di mana sahaja dan ia tetap romantis. Berikut saya senaraikan beberapa lokasi yang mungkin kedengaran agak pelik untuk meraikan majlis anda nanti tetapi pastinya meninggalkan memori indah.

1. TAMAN TEMA PERMAINAN

Menurut laporan www.glamour.com, sepasang kekasih meraikan majlis perkahwinan mereka di Taman Rekreasi Cedar Point di Ohio dan lebih menarik mereka telah mengikat janji diatas permainan roller coaster. Kata pengantin perempuan Angie Brashares, mereka memilih untuk berkahwin di atas permainan itu kerana ingin menunaikan hajat pengantin lelaki. Kongsi Angie, “Akhirnya saya berjaya mengajak dia untuk berkahwin dengan saya. Jadi, saya akan lakukan apa saja yang dia inginkan. Dia mahu menaiki roller coaster. Oleh itu pada hari perkahwinan kami, saya turut serta menaiki permainan itu.”

2. RUMAH POKOK


Sebuah hotel di Scotland, The Lodge, ada menawarkan ruang yang cukup unik dan menarik bagi pengantin untuk mengikat janji pada hari perkahwinan mereka. Pengantin dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka bermain di sebuah pondok di atas pokok dengan mengadakan majlis perkahwinan di Tree House, The Lodge. Ruang yang agak kecil namun mampu memuatkan seramai 24 orang ini begitu romantis kerana berlatarbelakangkan pemandangan tasik dan gunung yang cukup memukau.

3. STADIUM BOLA SEPAK


Zaman sekarang menuju ke stadium bola sepak bukan untuk menyaksikan perlawanan antara pasukan kegemaran anda semata-mata. Selhurst Park Stadium di London menyediakan ruang yang agak selesa buat bakal pengantin serta sahabat handai dan sanak saudara berkumpul bagi meraikan kedua mempelai. Sama ada mengadakan majlis yang ringkas atau mewah, ruang di Crystal Palace Football Club mampu memuatkan seramai 200 orang pada satu masa.

4. ZOO

Bukan di luar negara sahaja terdapat idea-idea pelik untuk melangsungkan perkahwinan. Sebaliknya, Zoo Negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menawarkan ruang untuk bakal pengantin mengadakan majlis perkahwinan mereka.


5. TAMAN

Ramai yang gemarkan majlis perkahwinan dalam taman. Tapi bagaimana agaknya mengadakan majlis perkahwinan dalam rimba yang kaya dengan kehijauan dan bebunga segar mewangi? 
sumber: http://www.gua.com.my/seroja
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved