Pemandu Maut Tertusuk Besi Penghadang Jalan

[x]

Pemandu Maut Tertusuk Besi Penghadang Jalan

on Wednesday 9 October 2013


Gambar Hiasan

BATU PAHAT - Seorang lelaki terbunuh selepas badannya tertusuk besi apabila kereta dipandunya hilang awalan lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 97, Jalan Seremban-Johor Bahru, dekat Ayer Hitam, di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 1.15 pagi itu, mangsa, Tan Boon Chin, 47, maut di tempat kejadian, manakala rakannya mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan akibat jalan licin semasa hujan lebat.

"Mungkin kerana pandangan pemandu kereta jenis Proton Perdana V6 itu kabur ketika hujan lebat, dia hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan sehingga menyebabkan dia maut manakala rakannya parah.

"Siasatan di lokasi kemalangan juga mendapati kawasan tersebut gelap dan menyukarkan penglihatan semasa hujan lebat. Identiti rakan mangsa yang parah juga masih belum diperoleh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kemalangan, mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari arah Ayer Hitam menghala ke Yong Peng.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat, manakala rakannya kini dirawat di hospital sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian yang mempunyai maklumat tentang kemalangan tersebut diminta menghubungi balai polis berhampiran. 
sumber: - UTUSAN ONLINE

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved