6 Pelatih PLKN Didakwa Membunuh

[x]

6 Pelatih PLKN Didakwa Membunuh

on Monday, 7 October 2013


PEKAN – Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.

Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes, menurut sumber Hmetro.

Lima lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin.
sumber: http://mykongsi.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved