David Teo Akhirnya "Gam" Aeril Zafril, Masih Terima Wawa

[x]

David Teo Akhirnya "Gam" Aeril Zafril, Masih Terima Wawa

on Monday, 7 October 2013

Mungkin bengang kerana banyak alasan dicipta untuk menyorokan sesuatu daripada pengetahuannya, David Teo hari ini menerusi BH akan bertindak dengan melarang Aeril dari menyertai filem milik syarikatnya lagi.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan juga, David Teoh antara orang penting yang mula-mula memperkenalkan Wawa Zainal ke industri filem melalui filem-filem terbitan syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MIG).

Menurut laporan Berita Harian itu lagi, walaupun Wawa Zainal kini sedang diselubungi kontroversi pernikahan rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel, David Teo masih sudi menerima Wawa untuk terus berlakon di bawah syarikatnya.

Bagaimanapun, katanya Aeril Zafril tidak akan dibenarkan lagi berlakon filem terbitan MIG sampai bila-bila. Menurut David:-

Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap akan menerimanya dengan hati terbuka.
Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar, Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya.

David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’.

Pihak MIG dikatakan pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ianya ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut. Kata David lagi,

Rupa-rupanya penyakit misteri yang lain.

Tambah David Teoh lagi, dia bukanlah tidak membenarkan langsung artis di bawah syarikatnya untuk bercinta, tetapi biarlah hanya jika melepasi tahap kematangan serta sudah pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Contoh yang diberi oleh David ialah Lisa Surihani dan Intan Ladyana. Dan paling penting, jangan disorokkan percintaan tersebut.
sumber:Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved