“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.
“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.
“Jika mereka mengaku bercinta dan mahu berkahwin, kami boleh atur dan menaja majlis mereka. Lagipun, ia sememangnya menjadi tradisi Metrowealth Pictures (MIG),” kata produser MIG David Teo.
David Teo mengulas pengakuan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin, 21, dan Suhairil Suhari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel, 25, kelmarin, bahawa mereka berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 24 Ogos lalu.
sumber:Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment