Sadis, Cerita Sedih Seorang Ayah

[x]

Sadis, Cerita Sedih Seorang Ayah

on Sunday, 13 October 2013

Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak empat bulan lalu apabila dua anaknya berusia 10 dan lapan tahun hilang secara tiba-tiba.
Shah dan dua anaknya ketika menumpang berteduh di Surau Al-Amin, Setapak

Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34, hampir dua bulan akibat tekanan perasaan dan kemurungan sebelum ditemui semula Selasa lalu.

Episod sedih kehidupan juruelektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2, dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.

Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Shah membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari.
sumber: Kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved