Satu persatu kontroversi menjengah pelakon remaja yang kini semakin meningkat naik, Elfira Loy. Sebelum ini pelakon drama ‘Dalam Hati Ada Taman’ ini pernah dilabel sebagai artis yang lupa diri dan berlagak diva.
Melihat pada figura kecil molek ini yang semakin berani tampil berpakaian seksi, Elfira kini dihentam kononnya selama ini dia hanya berpura-pura berlagak baik di depan peminat. Kesempatan bertemu dengan Elfira di majlis pelancaran Sunsilk Hair Fall Solution Hair Tonic, petang Khamis, digunakan GUA bagi mendapatkan penjelasannya mengenai isu yang timbul.
“Saya tak tahu nak komen apa sebab saya tak seperti yang diperkatakan mereka. Kalau nak cakap saya seksi, diikutkan dari awal kemunculan saya dalam industri lagi, saya dah memang berpakaian sebegini. Mungkin mereka mula bercakap sebab sekarang dah ada Instagram dan lebih mudah mereka nak tengok gambar saya,” ujar Elfira mengakui kecewa dilabelkan sedemikian.
“Tipulah jika saya cakap saya tak kisah orang nak kutuk. Dulu masa isu kening, bila kening saya tebal mereka kutuk, bila saya cukur pun mereka komen, jadi saya tak faham apa yang mereka mahu sebenarnya. Jadi, lebih baik saya hanya menjadi diri saya yang sebenar dan tidak hipokrit.”
Menyentuh mengenai perkembangan terbaru karier seninya, Elfira memberitahu dia kini banyak menerima tawaran yang memerlukannya ke luar negara. Terbaru, gadis berusia 19 tahun ini akan terbang ke Filipina dan Thailand untuk sebuah program travelogue. Ketika ditemui, Elfira turut menjelaskan yang dia kini bukan lagi Wajah Eksklusif Astro.
“Saya kini bergerak sendiri dan bukan lagi di bawah naungan Astro. Kontrak saya dengan Astro dah tamat sejak Disember tahun lepas namun saya tidak memberitahu kepada semua kerana rezeki saya masih ada walaupun saya bukan lagi di bawah Astro. Umur saya pun dah nak masuk 20 tahun jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berdikari dan bergerak sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.
sumber; http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment