Beliau yang popular menerusi program keagamaan di televisyen berkata demikian ketika mengulas insiden dua pekerjanya disamun dan seorang daripadanya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki menyamar polis bersenjatakan kapak dalam kejadian di Bandar Sunway, di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Menurutnya, wang berkenaan sebenarnya akan digunakan bagi membiayai 105 sukarelawan misi bantuan ke Masjidil Al-Aqsa, Palestin, selain untuk membeli 10 ekor lembu yang akan dikorbankan di sana.
“Biarpun wang berkenaan sudah disamun, misi bantuan dan ibadah korban yang dijadual bermula 14 Oktober ke Palestin itu tetap akan diteruskan.
MOHD Syafiq menunjukkan laporan polis yang dibuat.
“Selain menggunakan wang sumbangan masyarakat Malaysia yang lain, saya juga akan menggunakan dana sendiri bagi menjayakan misi bantuan yang sudah dirancang sebelum ini,” katanya memberitahu, wang yang disamun itu juga adalah hasil sumbangan orang awam.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment